Saturday, October 22, 2016

Sayur Sawi Bening, Ikan cencaru Bakar Dan Sambal Belacan

Masakan kampung je ... maklum la orang kampung ... hehe ... favorite en.suami dan anak-anak ... makan bertambah-tambah .. suka hirup kuah sayur masak bening .. memang sengaja buat kuah banyak-banyak .. gitu .. dilawan kan ngan sambal belacan puak ... pedas-pedas rasa kuahnya ... alahai .. seperiuk nasi licin sekali hadap jek ... jom layan resepi :

Sayur Sawi Bening

Bahan-bahan:
1 ikat sayur sawi - dipotong sedang
1/2 biji bawang besar  - hiris
1 ulas bawang putih - ketuk 
3 ekor udang kering - rendam dan hiris halus
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1 sudu kecil sos ikan

Cara membuatnya:
  • Didihkan 5 cawan air ke dalam periuk
  • Bila air dah mendidih, masukkan bawang besar, bawang putih dan udang kering
  • Masukkan batang sawi 
  • Biarkan seketika sehingga batang sawi layu 
  • Masukkan daun sawi dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Masukkan jugak sos ikan 
  • Gaul dan biarkan seketika (jgn lama-lama nti daun sawi ludoh)
  • Angkat dan hidangkan
Ikan cencaru bakar
Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru - siang dan bersihkan
Garam dan asam jawa secukupnya
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat

Cara membuatnya:
  • Lumur ikan dengan garam, asam jawa dan bawang putih
  • Bakar dalam kuali ajaib 
  • Balik-balikkan kuali supaya ikan masak dikedua-dua bahagian
  • Renjis ikan dengan minyak masak untuk mengelakkan ikan terlalu kering
  • Bila dah garing kulit ikan dikedua-dua bahagian, angkat dan hidangkan
Sambal Belacan
Bahan-bahan:
1 inci belacan- dibakar
3 biji lada cili api
Garam, serbuk perasa dan gula secukupnya
Air asam 

Cara membuatnya:
  • Tumbuk semua bahan kecuali air asam
  • Bila dah lumat, baru masukkan air asam dan gaul rata
  • Hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...