Thursday, October 27, 2016

Sup Telur Dan Sambal Tok Tok

Sup Telur + Tauhu kering + Soohon

Bahan-bahan:
2 biji telur ayam
1 keping tauhu kering
1 bungkus kecil soohon
1 biji kentang - potong dadu sederhana besar
1/2 biji bawang besar - tumbuk
3 ekor udang kering - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Air secukupnya

Cara membuatnya:
  • Didihkan air suku periuk
  • Masukkan bahan tumbuk dan biarkan mereneh seketika
  • Masukkan kentang dan biarkan hingga kentang empuk
  • Masukkan tauhu kering dan soohon 
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Last sekali baru masukkan telur, sebiji sebiji 
  • Tunggu hingga telur keras baru di gaul
  • Angkat dan hidangkan 

 Sambal Tok Tok
Bahan-bahan:
4 biji lada cili padi 
1/2 genggamm ikan bilis
1/2 biji bawang besar
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Goreng dengan minyak yang sedikit lada cili padi, ikan bilis dan bawang
  • Jangan sampai garing sangat, agak-agak layu angkat dan masukkan dalam lesung batu
  • Masukkan sekali garam dan serbuk perasa
  • Tumbuk semua bahan hingga separa lumat atau mengikut kehendak sendiri
  • Siap





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...