Sunday, November 27, 2016

Bubur Ayam

Konon-konon bubur ayam Mcd's la .. hahaha .. berangan lebih ... tekak terngin nak makan bubur ayam .. tukar-tukar selera .... masuk bahan dalam periuk ... taraaaa dah siap bubur ayam aku yang simple tapi sedap ni .. hehe perasan

Bubur Ayam

Bahan-bahan:
2 ketul isi ayam - rebus dan carik-carik isinya
1/2 periuk air rebusan ayam
2 cawan beras -bersihkan dan tos air nya
1/2 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih -tumbuk
1 inci halia - tumbuk
2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh sos ikan
1/2 batang lobak merah - dadu kecik2
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bahan tumbuk hingga garing
  • Masukkan beras dan air rebusan ayam
  • Kacau rata
  • Masukkan ayam, sos ikan dan serbuk lada sulah
  • Masukkan lobak merah
  • Gaul rata
  • Biarkan hingga beras kembang
  • Bila beras dah kembang dan hancur menjadi bubur, perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Siap

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...