Saturday, November 12, 2016

Daging Bakar Cicah Air Asam

Bako daging je ... cuti sekolah ni nak makan yang lain pulak ... saje malas nak masak yang biasa-biasa ... masak sambil makan ... masak atas meja ngan anak-anak ... seronok jugak kannn ... hehehe

Daging Bakar

Bahan-bahan:
1 kilo daging - potong sederhana kecil nipis
5 ulas bawang putih - tumbuk kasar
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Perap daging dengan semua bahan selama 4 jam

Proses bakar daging:
  • Guna kuali non stik 
  • Letakkan minyak sedikit
  • Letakkan daging di atas kuali 
  • Balik-balikkan daging sehingga garing
  • Angkat dan makan

Air Asam
Bahan-bahan:
1/2 biji bawang besar - hiris
5 biji lada cili padi - potong serong
1/2 inci belacan - bakar
1/2 mangkuk air asam 
Garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya:
  • Satukan semua bahan ke dalam mangkuk
  • Pecah-pecahkan lada 
  • Perasakan masam masinnya
  • Sedia untuk dimakan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...