Monday, November 07, 2016

Tomyam Daging

Pening jugak nak fikir menu untuk masak ari-ari kan ... kalau tak masak karang kelaparan pulak budak balik sekolah ... hehehe .. so ari ni belek-belek peti ais .. nampak daging .. kat luar ada daun limau purut ngan serai ... apa lagi cantas serai .. petik daun limau purut .. campak dalam periuk .. taraaaa ... siap sudah tomyam daging ku .. hehe

Tomyam Daging

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging lembu - potong kecik dan nipis
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - ketuk
3 biji lada cili api - ketuk
2 batang serai - ketuk
2 helai daun limau purut - koyak kan daunnya
3 sudu besar jus limau (terpulang sebanyak mana - suka masam tambah sikit lagi)
1 kiub pes tomyam
3 sudu sos ikan
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Didihkan air dalam periuk
  • Masukkan bawang besar, bawang putih, lada cili padi, serai dan daun limau purut
  • Biarkan mendidih sekejap
  • Masukkan daging dan kiub pes tomyam
  • Masukkan juga sos ikan
  • Kacau dan biarkan mereneh sekejap
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Masukkan jus limau
  • Rasakan masamnya
  • Biarkan mereneh sekejap
  • Angkat dan hidangkan

1 comments:

adda syuhada said...

sedapnya tomyam daGING..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...