Saturday, December 03, 2016

Ayam Goreng Kunyit

Tak de idea nak masak .. en.suami kata masak yang ringkas-ringkas jek la .. malas nak makan yang berkuah-kuah .. so terus dapat idea masak ayam goreng kunyit ni .. tapi togel jekk la .. tak de sayur-sayuran .. hahaha

Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
3 ketul isi ayam - potong sedang dan goreng separuh garing
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
1/2 inci halia - ketuk
2 biji lada cili padi - ketuk
 1 sudu kecik sos ikan 
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih, lada cili padi dan halia hingga garing
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama sos ikan
  • Kacau rata
  • Masukkan sedikit air dan biarkan mereneh sebentar
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Angkat dan hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...