Sunday, December 04, 2016

Daging Masak Kicap

Anak-anak mintak masakkan daging goreng kicap .. ayen dan aisy memang suka makan daging masak kicap ... en.suami pulak lebih suka daging masak kari .. soo jadii arini mama tunaikan permintaan anak-anak dulu ... en.suami kena tunggu turn la ye .. hehe

Daging Masak Kicap

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging - potong kecik
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
1/2 inci halia - ketuk
5 sudu besar kicap lemak manis (Jalen)
1 sudu kecik sos ikan
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Goreng daging sebentar dan ketepikan
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing
  • Masukkan daging dan kacau sebati
  • Masukkan sedikit air dan kacau
  • Masukkan sos ikan dan kacau rata
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Kacau sebati
  • Angkat dan hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...