Thursday, December 01, 2016

Ikan Pari Goreng Berlada

Pari besar ni ... beli sepotong jek .. besar tau potongan ... potong kecik-kecik baru masak ... ni masakan kegemaran en.suami ... zaman aku kecik-kecik dulu tak pernah makan ikan pari goreng berlada ni ... kebiasaannya  mak bakar atau masak asam pedas je ikan pari ni ... bila kawin ngan en.suami ni baru tau ada masakan lain rupanya ikan pari ni .. hahaha

Ikan Pari Goreng Berlada


Bahan-bahan:
4 potong ikan pari besar - goreng dengan kunyit dan garam hingga separuh masak
4 biji lada cili padi - tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia- tumbuk
1 sudu kecik sos ikan
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bahan tumbuk hingga garing
  • Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi
  • Masukkan sedikit air dan sos ikan 
  • Gaul rata
  • Biarkan mereneh hingga kuah memekat
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Bila kuah dah kering sedikit, angkat dan hidangkan 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...