Sunday, December 18, 2016

Ikan Siakap 3 Rasa

Menu ari ni ... makan berdua ngan en.suami ... seekor abis sekali hadap jek ... hehe .. ikannya tak beso mana pun .. sedang-sedang jek ... tak sampai sekilo pun seekor ... alhamdulilah .. kenyang .. hehe

 Ikan Siakap 3 Rasa
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - lumur ngan asam jawa, garam, serbuk perasa dan tepung jagung .. goreng garing dan ketepikan 
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - ketuk
5 biji lada cili padi - potong kecik
1/2 inci halia - ketuk
1/2 biji nenas - potong kiub
1 biji tomato buah - potong kiub
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecik sos ikan
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia, lada cili padi hingga garing
  • Masukkan semua sos dan kacau sebati
  • Masukkan air sedikit
  • Masukkan nenas dan tomato buah
  • Kacau dan biarkan mereneh sebentar
  • Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa
  • Angkat bila kuah dah pekat
  • Curahkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng garing tadi


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...