Friday, December 09, 2016

Sambal Tumis Sardin Kentang

Menu paling ringkas dan mudah nak buat .. tapi sedap ... makan ngan telur dadar ikan kering bulu ayam .. perrhhh .. menjilat jari tu .. wat pedas-pedas berapi baru hilang rasa hanyir ikan sardinnya ... haha .. berapi sampai mulut rasa tebal hahaha ...

Sambal Tumis Sardin Kentang

Bahan-bahan:
1 tin besar Sardin (Botan)
3 biji kentang - potong  dadu sedang dan goreng dahulu
1 biji bawang besar - hiris
5 biji lada cili padi - potong nyerong
5 sudu besar lada blend
3 ulas bawang putih - ketuk
1/2 inci halia - ketuk
1 biji tomato buah - hiris 
1 sudu sedang sos ikan
Air asam jawa
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan lada cili padi hingga garing
  • Masukkan lada blend  dan biar sehingga lada garing
  • Masukkan sardin, sos ikan, tomato buah dan kentang yang telah digoreng tadi
  • Kacau sebati 
  • Masukkan sedikit air asam jawa
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Kacau dan biarkan sebentar
  • Angkat dan hidangkan
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...