Thursday, December 08, 2016

Sayur Lemak Pucuk Ubi

Teringin pulak nak makan sayur lemak pucuk ubi ni .. lama tak makan ... dulu-dulu mak selalu masak sayur lemak pucuk ubi kalau takk de lauk kat umah .. makan ngan sambal belacan ngan ikan bilis hiris lada jek .. tu pun bertambah bukan main .. air tangan mak kan sedap .. sekarang dah jarang makan masakan mak .. maklum la dah duk jauh dari mak .. hehe ... sekarang ni apa nak makan kena masak sendiri ... dah ada keluarga sendiri kannn .. masakkan untuk keluarga sendiri pulak makan .. hehe

Sayur Lemak Pucuk Ubi

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk ubi - amik yang lembut-lembut jek dan rebus sebentar, perah airnya dan potong 
1/2 biji bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
5 ekor ikan bilis - tumbuk
1 sudu sedang serbuk kunyit
1 kotak santan 
1 sudu kecik sos ikan
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Didihkan air suku periuk 
  • Masukkan pucuk ubi, bahan tumbuk dan serbuk kunyit
  • Gaul sebati
  • Masukkan sos ikan
  • Biarkan mereneh sebentar
  • Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Biarkan sebentar tapi jangan sampai pecah santannya
  • Angkat dan hidangkan
 Sambal Belacan 
Bahan-bahan:
1 inci belacan - bakar dahulu
4 biji lada cili padi
1/2 biji tomato buah - hiris
Air asam jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa
  • Bila dah lumat, keluarkan dan letakkan sedikit air asam jawa
  • Hidangkan
 Ayam Goreng

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...