Monday, December 05, 2016

Tomyam Sayur

Ting ting ting .. masa makan sayur ye anak-anak .. haha .. sebenarnya aku wat tomyam sayur ni bersama ayam goreng berempah .. bukan makan tomyam sayur semata .. hehe ... saja buat posting asing-asing ... tak larat nak buat semua sekali gus ... buat bila ada masa terluang jek .. hehe

 Tomyam Sayur
Bahan-bahan:
1 mangkuk kobis bunga - potong sedang
1 mangkuk cendawan daun - potong sedang
1 batang lobak merah - potong bulat
1/2 mangkuk putik jagung - kupas kulit dan potong memanjang
1/2 mangkuk brokoli - potong sedang
1/2 mangkuk kacang sepet - potong serong
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - ketuk
2 batang serai - ketuk
1 kiub tomyam 
3 biji lada cili padi - ketuk
2 sudu besar jus limau
1 sudu sedang sos ikan
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Didihkan air setengah periuk
  • Masukkan lobak merah, bawang besar, bawang putih, serai, lada cili padi, kiub tomyam, jus limau dan sos ikan  
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Biarkan sehingga lobak empuk
  • Bila lobak dah empuk, masukkan sayur-sayuran yang lain
  • Biarkan seketika hingga sayuran sedikit layu
  • Angkat dan hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...